Powered By Blogger

Monday, April 18, 2011

PERATURAN DAN ARAHAN TETAP

1.       Para peserta Kem adalah tertakluk kepada semua arahan dan peringatan yang dikeluarkan oleh Penyelaras Kem, kem komandan dan fasilitator pada setiap masa.
2.       Peserta sentiasa dinasihatkan supaya menjaga nama baik setiap organisasi yang mereka berkerja agar tidak menjejaskan resputasi baik mereka serta bertatasuaila sebagai seorang individu yang berkaliber dan karisma.
3.       Peserta dikehendaki sentiasa menjaga pergaulan diri, maruah dan penampilan mereka ketika berada sepanjang kem berkenaan.
4.       Bagi mengekalkan tahap displin dan perhubungan di antara para peserta kem dengan fasilitator, sila patuhi arahan yang ditetapkan seperti berikut;

a)      Ketepatan Masa
-       Peserta dikehendaki bersiap dalam masa 5 minit lebih awal dari masa yang ditetapkan. Setiap ketua kumpulan yang dilantik sebagai penjaga masa dalam kumpulan yang telah diwujudkan. Bagi yang Muslim, Solat berjemaah mestilah tepat pada waktunya sepanjang kem.
b)      Kumpul
-       Setiap para peserta dikehendaki berkumpul sebelum memulakan segala aktiviti untuk memastikan kehadiran setiap ahli-ahli kumpulan. Ketua kumpulan pula melaporkan kepada kem Komandan atau fasilitator yanng bertugas.
c)       Tag Nama
-       Tag nama wajib dipakai setiap masa sebagai pengenalan mereka di Kem.
d)      Komitmen dan kerjasama
-       Para peserta dikehendak memberi komitmen dan kerjasama mereka dengan penuh semangat dalam semua aktiviti yang dijalankan.
e)      Denda
-       Setiap kesalahan yang dilakukan akan dikenakan denda sepertimana yang ditentukan oleh Pelaksana Kem.
-       Merokok adalah perkara yang dilarang sepanjang kem.

5.       Pergerakan Dan Tingkah Laku Peserta Kem
a)      Peserta dilarang duduk berdua-duaan yang berlainan jantina di tempat gelap atau sunyi tanpa ikatan yang sah untuk mengelakkan daripada menimbulkan fitnah.
b)      Amalan budaya bersalam apabila berjumpa seseorang diperlukan dalam diri peserta dan menjaga tutur bicara serta tingkah laku yang baik.
c)       Jangan sesekali bergerak berseorangan bagi mengelakkan berlakunya sesuatu yang tidak baik dan pengerakkan secara berkumpulan dan di bawah pengetahuan ketua atau fasilitator masing-masing digalakkan.
d)      Sentiasa menjaga dan mengekalkan kecergasan, kesihatan dan tenaga dalam setiap aktiviti program kem.

6.       Kebersihan kem
a)      Kawasan penginapan hendaklah sentiasa teratur, kemas dan bersih dimana keadaan pakaian dan barang peserta hendaklah disimpan atau disidai dengan elok di tempat yang telah disediakan.
b)      Tandas dan bilik air hendaklah dipastikan sentiasa bersih selepas menggunakannya.
c)       Pastikan tempat cermah yang diadakan berada dalam keadaan teratur dan kemas serta peralatan yang diguna dalam keadaan terpelihara.
d)      Sentiasa menjaga kebersihan dan kesucian tempat solat bagi Muslim seperti sejadah dikemas dan diletak tempat yang sepatutnya selepas digunakan.
e)      Menjadikan keutamaan semua peserta dalam memelihara kebersihan dalam diri setiap peserta terumanya tempat makan dengan sebaiknya iaitu membuang sisa makanan dan samapah di temapat yang telah disediakan.
7.       Keselamatan
a)      Peserta dilarang keluar dari kawasan kem tanpa kebenaran dari Kem Komandan atau fasilitator.
b)      Kata jodoh ditukar setiap hari dan peserta wajib mengetahuinya.
c)       Pelawat dilarang untuk memasuki kawasan kem tanpa meminta kebenaran.
d)      Sebarang barang berharga perlu disimpan ditempat yang selamat bagi mengelakkan kehilangan atau kecurian. Pihak
e)      Sila maklumkan kepada fasilitator/urusetia sekiranya menghidapi sesuatu penyakit.

8.       Cara Pemakaian
Aktiviti
Peserta Lelaki
Peserta Wanita
Ceramah
-     Baju formal ( kemeja berkolar )
-     Slack dan tali pinggan
-     Kasut kulit dab stokin
-    Baju formal ( baju kurung atau kemeja berkolar)
-    Bertudung ( Muslim )
-    Kasut bertumit dan stokin
Latihan Dalam Kumpulan ( LDK )
-      Slack  dan tali pinggang
-      T-shirt berkolar
-      Kasut dan stokin
-    Pakaian bersesuaian
-    Bertudung ( Muslim )
-    Kasut dan stokin
Solat
-      Pakaian sesuai
-      Songkok / ketayap
-      Sejadah
-    Telekung
-    Sejadah

Riadah
-      Tracksuit
-      T-shirt
-      Kasut sukan dan stokin

9.       Amaran Dan Peringkatan
a)      Peserta diinginikan agar sentiasa berhati-hatiterhadap keselamatn barang-barang berharga dan barang peribadi berbentuk wang, barang kemas dan sebagainya.
b)      Peserta dikehendaki sentiasa mematuhi segala peraturan yang telah ditetapkan oleh pihak Pelaksana Kem dan merujuk sekiranya mempunyai sebarang permasalahan kepada ketua komanden, fasilitator dan ketua kumpulan.
c)       Berikut merupakan barang larangan yang tidak dibenarkan dibawa semasa program Kem diadakan, antaranya seperti;
i)                    Seluar Jeans
ii)                   Cermin Mata Hitam
iii)                 Rokok
iv)                 T-shirt tidak berunsur intelektual
v)                  Risalah berbaur politik

10.   Keperluan Individu
a)      Lampu suluh
b)      Sudu dan garpu
c)       Cawan plastik
d)      Lilin 3 batang
e)      Payung / baju hujan
f)       Buku catatan
g)      Ubat-ubatan 

No comments:

Post a Comment