Powered By Blogger

Monday, April 18, 2011

MODUL 5 : APLIKASI SENAMAN AEROBIK DI WAKTU PAGI

PENGENALAN

Kini, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dengan pesat dimana perubahan arus teknologi yang mengawal kehidupan individual yang menyebabkan mereka kurang aktif dalam menjalani kehidupan seharian. Hanya menumpuhkan dan mengawal butang teknologi tersebut untuk bergerak tanpa sebarang bebab yang tanggung oleh mereka. Perubahan ini membuat kaum pekerja malas dan leka kepentingan kesihatn yang mereka miliki. Oleh itu, pengaruh teknologi ini menyumbangkan pelbagai penyakit yang memudaratkan hasil tenaga pekerja dan produktiviti mereka.
Modul ini dijalankan untuk memberi kesedaran kepada pekerja bahawa senaman atau kecergasan berhubungkait dengan motivasi yang tinggi serta sikap pekerja tersebut. Ia merupakan satu program yang dijalankan oleh organisasi yang memberikan impak yang baik kepada pembangunan organisasi. Program ini akan cuba mengatasi masalah tersebut dengan mengadakan aktiviti bagi mengurangkan masalah tekanan yang sering berlaku dalam organisasi. Aktiviti ini akan dibimbing dengan modul-modul berkaitan yang telah disediakan oleh pihak organisasi itu sendiri seperti meningkatkan aktiviti kecergasan seperti senamrobik dikalangan pekerja bagi membantu masalah mengurangkan beban tekanan dikalangan pekerja.
 Sememangnya tahap kecergasan dan kesihatan pekerja amat penting dalam meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos perubatan dari segi kewangan dan juga hari-hari kerja yang “terbuang” kerana cuti sakit. Kecergasan yang dilakukan adalah penting untuk kesihatan manusia. Setiap senaman yang dilakukan pada waktu pagi akan mengurangkan tekanan kepada pekerja dan mampu mengurangkankan penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya.

2.0  OBJEKTIF
2.1  Objektif Umum
Mewujudkan jalinan kerjasama diantara pekerja dan mengurangkan tekanan dalam kalangan pekerja dengan cara hidup yang sihat di tempat kerja.


2.2 Objektif Khusus:
a)      Memberi kesedaran bahawa pentingnya senaman awal pagi.
b)     Mendidik pekerja mengenai gaya hidup sihat dan mempraktikkannya agar kerja yang dilakukan dapat dilakukan dengan produktif.
c)     Memastikan pekerja dan majikan tidak menghidapi penyakit yang merbahaya dan mengakibatkan prestasi kerja merosot.
d)      Mengamalkan gaya hidup sihat bagi  tujuan mengurangkan risiko penyakit.
e)      Merapatkan jurang pekerja antara golongan pekerja atasan dan bawahan.


3.0               MASA
Selama 1 ½ jam (90 minit)

4.0               KAEDAH YANG DILAKSANAKAN

Latihan senaman aerobik mengandungi 3 peringkat:
a)      Sesi Memanaskan Badan.
b)      Sesi Senaman Aerobik.
c)       Sesi Menyejukkan Badan.

4.1 Sesi Memanaskan Badan
a)      Ia membantu otot otot jantung dan sendi-sendi bersedia untuk melakukan aktiviti sebenar.
b)      Ini akan dapat melindungi dari kecederaan.

c)       Ciri-ciri memanaskan badan termasuk;
                                 i.            Jangkamasanya lebih kurang 10 minit.
                               ii.            Mulakan dengan senaman ringan seperti berjalan atau berlari anak-anak dan diakhiri dengan regangan.

4.2 Sesi Senaman Aerobik
a)      Melibatkan senaman bagi kumpulan otot-otot besar contohnya berjalan.
b)      Jangkamasa senaman adalah lebih kurang 10 hingga 30 minit mengikut kemampuan anda.

4.3 Sesi Menyejukkan Badan
a)      Ianya membantu memulihkan semula otot otot dan mengelakkan ketidakselesaan.
b)     Ciri-ciri sesi menyejukkan badan termasuk;
                                 i.            Jangkamasa lebih kurang 5 hingga 10 minit.
                               ii.            Ulang semula sesi memanaskan badan .



No comments:

Post a Comment