Powered By Blogger

Monday, April 18, 2011

MODUL 2 : JAWATAN KUASA PEMANDU

Aktiviti program berkumpulan amatlah penting dalam mewujudkan penubuhan Jawatan Kuasa Pemandu dalam organisasi. Hal ini disebabkan komitmen pihak atasan diperlukan dalam memastikan matlamat Kumpulan Inovasi Dan Kreatif  dapat dilaksanakan dengan lancar. Penubuhan Jawatan Kuasa Pemandu yang diwakili terdiri oleh pihak atasan atau badan tertinggi diperingkat organisasi dan dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif organisasi dan ahli-ahlinya pula terdiri dari Ketua Jabatan, wakil pekerja dan Fasilitator. Penubuhannya adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan, peruntukan kewangan dan menentukan objektif diperingkat organisasi. Peranan Fasilitator diperlukan setelah Jawatan Kuasa Pemandu diwujudkan untuk sebagai pemudahcara dalam mengurus dan bertanggungjawab menyimpan dan memantau kemajuan setiap kumpulan yang diwujudkan. Mereka juga boleh bertindak sebagai pengalak, pemimpin dan penyelaras aktiviti ini supaya ia dapat dijalankan dengan mudah dan lancar. Selain itu, peranan Ketua kumpulan diperlukan dalam mengetuai kumpulan dimana mereka perlu mendapat latihan daripada Fasilitator  dalam memimpin operasi kumpulan yang inovasi dan kreatif dan membentuk tatacara untuk kumpulan berkenaan.

Objektif
a)   Mewujudkan suasana kepimpinan berpasukan antara satu sama lain.
b)   Melahirkan perasaan ingin tahu terhadap perbezaan situasi antara pesekitaran organisasi.
c)   Mewujudkan komitmen antara individu dalam kumpulan berpasukan.

1.2 Keperluan dan Sesi peserta
a)    Masa selama dua jam
b)     Kaedah digunakan
-          Secara seminar dan kerja kumpulan

1.3  Panduan
1)    Fasilitator diarahkan untuk mewujudkan satu kumpulan yang terdiri 6 hingga 8 orang dalam satu kumpulan yang telah dibahagikan.
2)   Setiap kumpulan mestilah memilih dan melantik jawatan kuasa yang bertanggunmgjawab dan berkebolehan memimpin kumpulan.
3)   Fasilitator sebagai pemantau dan menasihat segala perjalanan aktiviti yang dilaksanakan.

1.4  Rumusan
Aktiviti ini sangatlah diperlukan untuk mewujudkan dan melahirkan sesebuah komuniti kelompok yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kemahiran yang dapat melahirkan individu dan kerja berpasuakn yang berinovasi dan kreatif.

No comments:

Post a Comment