1.0 PENGENALAN
Ice Breaking merupakan satu aktiviti bagi menghilangkan perasaan rendah diri di antara peserta latihan sehingga membuatkan mereka saling mengenali, mengerti dan saling berinteraksi dengan baik antara satu dengan yang lain. Perbezaan status, usia, pekerjaan dan sebagainya akan menyebabkan wujudnya dinding pemisah di antara peserta latihan dan mengurangkan jurang tersebut sehingga memerlukan pelaksanaan proses Ice Breaking. Aktiviti ini akan memberikan ruang kepada peserta untuk memperkenalkan diri dan seterusnya beramah mesra dengan ahli kumpulan. Ianya juga turut membantu menggalakkan interaksi sesamam peserta dan mewujudkan rasa hormat di kalangan mereka.
2.0 OBJEKTIF
a) Menghilangkan perbatasan hubungan dan perasaan kaku di antara peserta sehingga menjadi satu kumpulan yang harmoni.
b) Mewujudkan motivasi antara sesama peserta untuk melakukan aktiviti selama latihan dijalankan.
c) Peserta dan fasilitator dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi serta mewujudkan hubungan mesra di antara mereka.
3.0 KEPERLUAN DAN SESI PESERTA
3.1 Jangka masa yang diperlukan : 1 Jam= 60 Minit
3.2 Saiz kumpulan : 10 Orang dalam satu kumpulan
3.3 Kaedah :
a) Penerangan ringkas mengenai aktiviti yang hendak di jalankan oleh fasilitator.
b) Kerjasama kumpulan
3.4 Alat Bantu :
a) Pen
b) Kertas
c) Manila Kad
d) Warna
4.0 PANDUAN FASILITATOR
4.1 Aktiviti 1 : Pendaftaran Peserta dan Sesi Suai Kenal
Masa : 7.30 am – 8.00 am (Pendaftaran)
2.00 p.m hingga 3.30 p.m ( Sesi Suai Kenal)
4.2 Objektif Yang Tercapai
Selepas aktiviti ini, peserta akan dapat :
a) Mengenali ahli-ahli kumpulan mereka dan bermesra dengan fasilitator.
b) Memahami akan keseluruhan modul kursus.
4.3 Langkah – langkah
a) Para peserta akan diberikan cebisan Puzzle dalam setiap fail yang mereka perolehi.
b) Langkah pertama ialah memberikan arahan kepada para peserta agar berkumpul dalam satu bulatan yang besar.
c) Selepas itu, setiap peserta akan di berikan arahan untuk mengeluarkan cebisan Puzzle yang ada di dalam fail mereka.
d) Fasilitator akan memberikan masa selama 30 minit kepada peserta untuk mencari sambungan setiap Puzzle tersebut daripada setiap peserta yang berada dalam kumpulan tersebut untuk dihasilkan menjadi sebuah gambar.
e) Selepas tamat sahaja masa selama 30 minit, peserta akan berjaya menggabungkan Puzzle tersebut megikut seperti yang di arahkan dan ini akan membentuk 1 kumpulan yang kecil yang di anggotai seramai 10 orang dalam 1 kumpulan.
f) Akhir sekali, para peserta akan diberikan peluang untuk mengenali ahli kumpulan mereka dan melantik setiap ketua kumpulan.
5.0 RUMUSAN
a) Aktiviti ini akan dapat membantu peserta dalam berkomunikasi di antara peserta bagi mencari sambungan puzzle tersebut.

No comments:
Post a Comment