Powered By Blogger

Monday, April 18, 2011

MODUL 6 : PENGURUSAN STRESS DAN IMPLIKASINYA

1.0               PENGENALAN
Setiap pekerja mungkin menghidapi masalah stress samada ia kritikal atau masih boleh dikawal. Stress ditempat kerja sudah menjadi lumrah kehidupan dalam sesebuah organisasi. Ia berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan antara tuntutan, harapan dan kebolehan sesorang pekerja tersebut. Stress pekerjaan dapat dikawala oleh seseorang individu tersebut sekiranya segala tuntutan dan tekanan yang dihadapi diimbangkan atau dipandangkan dengan pengetahuan dan kemahiran pekerja tersebut. Pesekitaran tempat kerja yang sihat dapat membantu pekerja tersebut menghadapi suasana tempat berkerja yang kondusif dan sistematik. Sokongan golongan pekerja dan pihak pengurusan amatlah diperlukan dalam menangani masalah ini.

2.0 Objektif
Selepas aktiviti ini, peserta akan intipatinya seperti;
a)      Memberikan cara membuat jadual yang efektif dalam pengurusan kehidupan.
b)      Memudahkan cara pekerja tersebut dalam menguruskan tekanan di tempat kerja.
c)       Mewujudkan hubungan yang harmoni dikalangan organisasi.

1.0   Keperluan dan sesi peserta
a)      Jangka masa yang diperlukan : 
Selama 1 jam

b)      Saiz Kumpulan : 
                                 i.            Dalam lingkungan 6 hingga 8 orang didalam satu kumpulan
                               ii.            Pembahagian kumpulan mengikut elemen tertentu

4.0  Kaedah Yang Digunakan
a)      Taklimat ringkas mengenai perjalanan semasa ceramah itu berlangsung.
b)      Gerak kerja
c)       Kerjasama kumpulan



 5.0   Alat Bantu
         Pen
                   Kertas

1.0               Langkah-Langkah
a)      Langkah pertama ialah semua peserta dikehendaki membuat satu bulatan yang besar. Peserta akan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori pertama ialah golongan yang bujang dan kategori kedua ialah golongan yang sudah berkahwin.
b)      Selepas itu, kumpulan tersebut akan dipisahkan pula kepada kumpulan mengikut bulan kelahiran dari bulan januari hingga disember.
c)      Peserta akan dipecahkan pula mengikut bilangan anak didalam setiap keluarga peserta.Pada tahap ini, kumpulan dalam kalangan peserta akan menjadi besar iaitu mempunyai bilangan 12 buah kumpulan.
d)     Seterusya para peserta dikehendaki berada didalam kelompok ataupun negeri asal dan mereka harus memperkenalkan diri . dalam ‘loghat’ darah masing-masing bagi mewujudkan suasana yang ceria dan bersemangat.
e)      Akhir sekali ialah pembahagian kumpulan mengikut pilihan peserta sendiri.  Setiap Ahli kumpulan hendaklah terdiri daripada 6 orang hingga 8 orang.

2.0               RUMUSAN
a)      Peserta akan berasa seronok dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan.
b)      Mengharmonikan hubungan antara majikan dan pekerja kerana interaksi sesame sendiri selama program itu berlangsung.

No comments:

Post a Comment