Powered By Blogger

Monday, April 18, 2011

harga

Harga yag ditetapkan sebanyak Rm 250...
Bayaran yang dibuat adalah termasuk :

  •  Penginapan
  • Bahan-bahan LDK
  • Bayaran penceramah

 Antara harga yang termurah dan istimewa........
penyertaan adalah terhad..............

MODUL 6 : PENGURUSAN STRESS DAN IMPLIKASINYA

1.0               PENGENALAN
Setiap pekerja mungkin menghidapi masalah stress samada ia kritikal atau masih boleh dikawal. Stress ditempat kerja sudah menjadi lumrah kehidupan dalam sesebuah organisasi. Ia berlaku disebabkan oleh ketidakseimbangan antara tuntutan, harapan dan kebolehan sesorang pekerja tersebut. Stress pekerjaan dapat dikawala oleh seseorang individu tersebut sekiranya segala tuntutan dan tekanan yang dihadapi diimbangkan atau dipandangkan dengan pengetahuan dan kemahiran pekerja tersebut. Pesekitaran tempat kerja yang sihat dapat membantu pekerja tersebut menghadapi suasana tempat berkerja yang kondusif dan sistematik. Sokongan golongan pekerja dan pihak pengurusan amatlah diperlukan dalam menangani masalah ini.

2.0 Objektif
Selepas aktiviti ini, peserta akan intipatinya seperti;
a)      Memberikan cara membuat jadual yang efektif dalam pengurusan kehidupan.
b)      Memudahkan cara pekerja tersebut dalam menguruskan tekanan di tempat kerja.
c)       Mewujudkan hubungan yang harmoni dikalangan organisasi.

1.0   Keperluan dan sesi peserta
a)      Jangka masa yang diperlukan : 
Selama 1 jam

b)      Saiz Kumpulan : 
                                 i.            Dalam lingkungan 6 hingga 8 orang didalam satu kumpulan
                               ii.            Pembahagian kumpulan mengikut elemen tertentu

4.0  Kaedah Yang Digunakan
a)      Taklimat ringkas mengenai perjalanan semasa ceramah itu berlangsung.
b)      Gerak kerja
c)       Kerjasama kumpulan



 5.0   Alat Bantu
         Pen
                   Kertas

1.0               Langkah-Langkah
a)      Langkah pertama ialah semua peserta dikehendaki membuat satu bulatan yang besar. Peserta akan dibahagikan kepada 2 kategori iaitu kategori pertama ialah golongan yang bujang dan kategori kedua ialah golongan yang sudah berkahwin.
b)      Selepas itu, kumpulan tersebut akan dipisahkan pula kepada kumpulan mengikut bulan kelahiran dari bulan januari hingga disember.
c)      Peserta akan dipecahkan pula mengikut bilangan anak didalam setiap keluarga peserta.Pada tahap ini, kumpulan dalam kalangan peserta akan menjadi besar iaitu mempunyai bilangan 12 buah kumpulan.
d)     Seterusya para peserta dikehendaki berada didalam kelompok ataupun negeri asal dan mereka harus memperkenalkan diri . dalam ‘loghat’ darah masing-masing bagi mewujudkan suasana yang ceria dan bersemangat.
e)      Akhir sekali ialah pembahagian kumpulan mengikut pilihan peserta sendiri.  Setiap Ahli kumpulan hendaklah terdiri daripada 6 orang hingga 8 orang.

2.0               RUMUSAN
a)      Peserta akan berasa seronok dan sedikit sebanyak dapat mengurangkan tekanan.
b)      Mengharmonikan hubungan antara majikan dan pekerja kerana interaksi sesame sendiri selama program itu berlangsung.

MODUL 5 : APLIKASI SENAMAN AEROBIK DI WAKTU PAGI

PENGENALAN

Kini, negara Malaysia merupakan sebuah negara yang membangun dengan pesat dimana perubahan arus teknologi yang mengawal kehidupan individual yang menyebabkan mereka kurang aktif dalam menjalani kehidupan seharian. Hanya menumpuhkan dan mengawal butang teknologi tersebut untuk bergerak tanpa sebarang bebab yang tanggung oleh mereka. Perubahan ini membuat kaum pekerja malas dan leka kepentingan kesihatn yang mereka miliki. Oleh itu, pengaruh teknologi ini menyumbangkan pelbagai penyakit yang memudaratkan hasil tenaga pekerja dan produktiviti mereka.
Modul ini dijalankan untuk memberi kesedaran kepada pekerja bahawa senaman atau kecergasan berhubungkait dengan motivasi yang tinggi serta sikap pekerja tersebut. Ia merupakan satu program yang dijalankan oleh organisasi yang memberikan impak yang baik kepada pembangunan organisasi. Program ini akan cuba mengatasi masalah tersebut dengan mengadakan aktiviti bagi mengurangkan masalah tekanan yang sering berlaku dalam organisasi. Aktiviti ini akan dibimbing dengan modul-modul berkaitan yang telah disediakan oleh pihak organisasi itu sendiri seperti meningkatkan aktiviti kecergasan seperti senamrobik dikalangan pekerja bagi membantu masalah mengurangkan beban tekanan dikalangan pekerja.
 Sememangnya tahap kecergasan dan kesihatan pekerja amat penting dalam meningkatkan produktiviti dan mengurangkan kos perubatan dari segi kewangan dan juga hari-hari kerja yang “terbuang” kerana cuti sakit. Kecergasan yang dilakukan adalah penting untuk kesihatan manusia. Setiap senaman yang dilakukan pada waktu pagi akan mengurangkan tekanan kepada pekerja dan mampu mengurangkankan penyakit seperti sakit jantung, darah tinggi dan sebagainya.

2.0  OBJEKTIF
2.1  Objektif Umum
Mewujudkan jalinan kerjasama diantara pekerja dan mengurangkan tekanan dalam kalangan pekerja dengan cara hidup yang sihat di tempat kerja.


2.2 Objektif Khusus:
a)      Memberi kesedaran bahawa pentingnya senaman awal pagi.
b)     Mendidik pekerja mengenai gaya hidup sihat dan mempraktikkannya agar kerja yang dilakukan dapat dilakukan dengan produktif.
c)     Memastikan pekerja dan majikan tidak menghidapi penyakit yang merbahaya dan mengakibatkan prestasi kerja merosot.
d)      Mengamalkan gaya hidup sihat bagi  tujuan mengurangkan risiko penyakit.
e)      Merapatkan jurang pekerja antara golongan pekerja atasan dan bawahan.


3.0               MASA
Selama 1 ½ jam (90 minit)

4.0               KAEDAH YANG DILAKSANAKAN

Latihan senaman aerobik mengandungi 3 peringkat:
a)      Sesi Memanaskan Badan.
b)      Sesi Senaman Aerobik.
c)       Sesi Menyejukkan Badan.

4.1 Sesi Memanaskan Badan
a)      Ia membantu otot otot jantung dan sendi-sendi bersedia untuk melakukan aktiviti sebenar.
b)      Ini akan dapat melindungi dari kecederaan.

c)       Ciri-ciri memanaskan badan termasuk;
                                 i.            Jangkamasanya lebih kurang 10 minit.
                               ii.            Mulakan dengan senaman ringan seperti berjalan atau berlari anak-anak dan diakhiri dengan regangan.

4.2 Sesi Senaman Aerobik
a)      Melibatkan senaman bagi kumpulan otot-otot besar contohnya berjalan.
b)      Jangkamasa senaman adalah lebih kurang 10 hingga 30 minit mengikut kemampuan anda.

4.3 Sesi Menyejukkan Badan
a)      Ianya membantu memulihkan semula otot otot dan mengelakkan ketidakselesaan.
b)     Ciri-ciri sesi menyejukkan badan termasuk;
                                 i.            Jangkamasa lebih kurang 5 hingga 10 minit.
                               ii.            Ulang semula sesi memanaskan badan .



MODUL 4 : KLINIK “ALAT ICC DAN TEKNIKNYA”

Melalui aktiviti ini, pelbagai aplikasi dan teknik diperkenalkan dalam organisasi bagi menangani setiap masalah yang diselesaikan akan memperkenalkan alat-alat ICC yang digunapakai semasa projek ICC dilaksanakan. Alat-alat ICC yang terdiri tujuh jenis yang sering digunakan dalam perlaksanaan projek ICC. Dimana setiap jenis alat-alat tersebut mempunyai peranan dan kelebihan yang tersendiri. Antaranya;

1)      Kertas Semak
3)      Gambarajah Pareto
4)      Histogram
5)      Graf
6)      Carta Kawalan
7)      Carta Sebaran

Selai itu, alat-alat ICC juga diaplikasikan bersama dengan teknik yang efektif dan sistematik. Bagi melaksanakan secara keseluruhannya objektif bahagian ini pula adalah untuk memperkenalkan teknik-teknik ICC yang digunapakai semasa projek ICC dilaksanakan. Berdasarkan bahagian ini, aktiviti ini akan memberi pelajaran cara untuk menggunakn teknik-teknik ICC dalam menjayakan sebarang projek yang dilaksanakan. Teknik yang terkandung di dalam bahagian ini adalah;

a)      Percambahan Fikiran
b)      Force Ranking
c)        Matriks
d)      Smart

1.1    Obkektif
a)      Memperlajari pelbagai teknik yang sistematik melalui alat-alat ICC
b)      Memperbaiki segala pembuat keputusan kepada dasar pernacangan yang efektif.

1.2 Keperluan dan Sesi peserta

a)      Masa
Selama dua jam
b)      Kaedah digunakan
-          Secara kerja kumpulan dan tayangan.

1.3  Panduan Fasilitator
a)      Fasilitator sebagai penasihat dalam melaksanakan segala aktiviti.
b)      Setiap kumpulan perlu menonjuolkan segala bakat dan kebolehan berdasarkan teknik ICC

1.4    Rumusan
Peralatan dan teknik ICC merupakan satu proses perancangan yang efektif dan sistematik. Setiap organisasi perlu mengamalkan dalam menyelesaikan segala permasalahan yang dihadapi.




MODUL 3 : KLINIK “PDCA”

Perancangan pelaksanaan perlu dilakukan bagi memudahkan aktiviti yang dilaksanakan berjalan dengan lancar oleh sesebuah kumpulan yang telah diwujudkan. Perancangan projek berkenaan berdasarkan dengan berpandukan proses Plan, Do, Check dan Action (PDCA). Dalam penggunaan proses PDCA yang berkesan, aspek perancangan dan perlaksanaan sesuatu projek dapat dipantau dengan mudah. Proses ini juga dapat melahirkan sesebuah komitmen yang efektif kepada pihak yang lain bahawa kesemua aktiviti yang dijalankan adalah secara sistematik dan terancang.

Objektif
a)  Mewujudkan komuniti yang berkemampuan dalam menyelesaikan pelbagai masalah.
b)  Melahirkan seorang individu yang mampu memperbaiki segala persoalan berdasarkan pengalaman.
c)  Mewujudkan suasana pesekitaran yang efektif dan sitematik berdasarkan segala perancangan.


1.2 Keperluan dan Sesi peserta

a)      Masa
Selama dua jam
b)   Kaedah digunakan
-        Secara seminar dan tayangan

1.3 Panduan
a)  Penceramah yang bersesuaian dijemput untuk memberikan ceramah berdasarkan tajuk yang telah diberikan.
b)  Persiapan tayangan berkaitan dengan tajuk yang dibincangkan.
c)  Fasilitator sebagai pemantau dan menasihat segala perjalanan aktiviti yang dilaksanakan.

1.4  Rumusan
Melalui perancangan permasalahan ini, sesebuah kumpulan dapat diberikan komitmen terhadap segala permasalahan yang diberikan berdasarkan proses Plan, Do, Check dan Action (PDCA). Berpandukan proses ini, kumpulan yang diwujudkan dapat melahirkan pelbagai pemikiran yang inovasi dan kreatif.




MODUL 2 : JAWATAN KUASA PEMANDU

Aktiviti program berkumpulan amatlah penting dalam mewujudkan penubuhan Jawatan Kuasa Pemandu dalam organisasi. Hal ini disebabkan komitmen pihak atasan diperlukan dalam memastikan matlamat Kumpulan Inovasi Dan Kreatif  dapat dilaksanakan dengan lancar. Penubuhan Jawatan Kuasa Pemandu yang diwakili terdiri oleh pihak atasan atau badan tertinggi diperingkat organisasi dan dipengerusikan oleh Ketua Eksekutif organisasi dan ahli-ahlinya pula terdiri dari Ketua Jabatan, wakil pekerja dan Fasilitator. Penubuhannya adalah bertujuan untuk mendapatkan sokongan, peruntukan kewangan dan menentukan objektif diperingkat organisasi. Peranan Fasilitator diperlukan setelah Jawatan Kuasa Pemandu diwujudkan untuk sebagai pemudahcara dalam mengurus dan bertanggungjawab menyimpan dan memantau kemajuan setiap kumpulan yang diwujudkan. Mereka juga boleh bertindak sebagai pengalak, pemimpin dan penyelaras aktiviti ini supaya ia dapat dijalankan dengan mudah dan lancar. Selain itu, peranan Ketua kumpulan diperlukan dalam mengetuai kumpulan dimana mereka perlu mendapat latihan daripada Fasilitator  dalam memimpin operasi kumpulan yang inovasi dan kreatif dan membentuk tatacara untuk kumpulan berkenaan.

Objektif
a)   Mewujudkan suasana kepimpinan berpasukan antara satu sama lain.
b)   Melahirkan perasaan ingin tahu terhadap perbezaan situasi antara pesekitaran organisasi.
c)   Mewujudkan komitmen antara individu dalam kumpulan berpasukan.

1.2 Keperluan dan Sesi peserta
a)    Masa selama dua jam
b)     Kaedah digunakan
-          Secara seminar dan kerja kumpulan

1.3  Panduan
1)    Fasilitator diarahkan untuk mewujudkan satu kumpulan yang terdiri 6 hingga 8 orang dalam satu kumpulan yang telah dibahagikan.
2)   Setiap kumpulan mestilah memilih dan melantik jawatan kuasa yang bertanggunmgjawab dan berkebolehan memimpin kumpulan.
3)   Fasilitator sebagai pemantau dan menasihat segala perjalanan aktiviti yang dilaksanakan.

1.4  Rumusan
Aktiviti ini sangatlah diperlukan untuk mewujudkan dan melahirkan sesebuah komuniti kelompok yang mempunyai pelbagai kebolehan dan kemahiran yang dapat melahirkan individu dan kerja berpasuakn yang berinovasi dan kreatif.

Modul 1 : “Ice Breaking”


1.0               PENGENALAN
Ice Breaking merupakan satu aktiviti bagi menghilangkan perasaan rendah diri di antara peserta latihan sehingga membuatkan mereka saling  mengenali, mengerti dan saling berinteraksi dengan baik antara satu dengan yang lain. Perbezaan status, usia, pekerjaan dan sebagainya akan menyebabkan wujudnya dinding pemisah di antara peserta latihan dan mengurangkan jurang tersebut sehingga memerlukan pelaksanaan proses Ice Breaking. Aktiviti ini akan memberikan ruang kepada peserta untuk memperkenalkan diri dan seterusnya beramah mesra dengan ahli kumpulan. Ianya juga turut membantu menggalakkan interaksi sesamam peserta dan mewujudkan rasa hormat di kalangan mereka.

2.0               OBJEKTIF
a)      Menghilangkan perbatasan hubungan dan perasaan kaku di antara peserta sehingga menjadi satu kumpulan yang harmoni.
b)      Mewujudkan motivasi antara sesama peserta untuk melakukan aktiviti selama latihan dijalankan.
c)       Peserta dan fasilitator dapat berkenalan dengan lebih rapat lagi serta mewujudkan hubungan mesra di antara mereka.

3.0               KEPERLUAN DAN SESI PESERTA
3.1          Jangka masa yang diperlukan : 1 Jam= 60 Minit
3.2          Saiz kumpulan : 10 Orang dalam satu kumpulan
3.3          Kaedah :
a)      Penerangan ringkas mengenai aktiviti yang hendak di jalankan oleh fasilitator.
b)      Kerjasama kumpulan

3.4          Alat Bantu :
a)      Pen                                                       
b)      Kertas
c)       Manila Kad
d)      Warna

4.0               PANDUAN FASILITATOR
4.1          Aktiviti 1           :     Pendaftaran Peserta dan Sesi Suai Kenal
                Masa                :    7.30 am – 8.00 am (Pendaftaran)
                                                         2.00 p.m hingga 3.30 p.m ( Sesi Suai Kenal)
4.2          Objektif Yang Tercapai
                                Selepas aktiviti ini, peserta akan dapat :                                                                                
a)      Mengenali ahli-ahli kumpulan mereka dan bermesra dengan fasilitator.
b)      Memahami akan keseluruhan modul kursus.

4.3          Langkah – langkah
a)      Para peserta akan diberikan cebisan Puzzle dalam setiap fail yang mereka perolehi.
b)      Langkah pertama ialah memberikan arahan kepada para peserta agar berkumpul dalam satu bulatan yang besar.
c)       Selepas itu, setiap peserta akan di berikan arahan untuk mengeluarkan cebisan Puzzle yang ada di dalam fail mereka.
d)      Fasilitator akan memberikan masa selama 30 minit kepada peserta untuk mencari sambungan setiap Puzzle tersebut daripada setiap peserta yang berada dalam kumpulan tersebut untuk dihasilkan menjadi sebuah gambar.
e)      Selepas tamat sahaja masa selama 30 minit, peserta akan berjaya menggabungkan Puzzle tersebut megikut seperti yang di arahkan dan ini akan membentuk 1 kumpulan yang kecil yang di anggotai seramai 10 orang dalam 1 kumpulan.
f)       Akhir sekali, para peserta akan diberikan peluang untuk mengenali ahli kumpulan mereka dan melantik setiap ketua kumpulan.

5.0               RUMUSAN
a)         Aktiviti ini akan dapat membantu peserta dalam berkomunikasi di antara peserta bagi mencari sambungan puzzle tersebut.

               Para peserta akan berasa seronok kerana berpeluang untuk mengenali peserta lain